Friday 22 June 2012

Ebook: Bagaimana Menyentuh Hati Manusia





Judul Buku : Bagaimana Menyentuh Hati
                      (Ath-Thariq ila Al-Quluub)
Penulis        : Syaikh Abbas Hasan As-Siisi
Tebal          : 170 Halaman

Buku dapat didownload free, klik (here) pada bagian bawah artikel.

Buku yang berada di hadapan para pembaca ini **Ath-Thariq ila Al-Quluub**adalah karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati. Jika Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot matanya yang menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama kali bertemu dengan beliau.

Anda pun akan langsung menyukainya jika Anda bertemu dengannya. Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin dalam pula rasa suka Anda terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui bahawa beliau adalah orang yang penuh dengan pengalaman dan sibuk dalam dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai waktu lagi untuk mengurus permasalahannya sendiri dan permasalahan anakanaknya. Semua pemuda yang berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya. Beliau menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling pengertian dan saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka, beliau akan menjadi sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat tinggi.


Ungkapan saya ini bukan kerana sikap ghuluw terhadap beliau dan bukan pula bermaksud menyucikan beliau dari kesalahan (wa laa uzakki 'alallahi ahada), Akan tetapi, saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau ke dalam syurga-Nya agar mereka mengetahui dampak positif dan tarbiyah qur'aniyah dalam membentuk pejuang-pejuang dakwah. Generasi pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dulu, baru setelah itu mereka memberika pengetahuan dan pengalaman yang mereka dapatkan kepada orang lain.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan dibuat semenarik mungkin. Anda tidak akan bosan tatkala membacanya, bahkan Anda akan merasakan belaian kasih sayang yang menyentuh jiwa, sehingga Anda akan terus-menerus merindukannya. Akhirnya, saya sungguh sangat berbahagia kerana telah diberi kepercayaan untuk memberikan kata pengantar bagi buku berharga ini.(said ; Dr. Al-Habr YusufNur Ad-Daim)

1 comment:

  1. widih keren.. ane download gan mencoba menyentuh hati perempuan heee

    ReplyDelete